Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang untuk menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia bagi mendaftar sebagai penderma organ.
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah menyatakan kebimbangan beliau mengenai kekurangan penderma organ dalam negara ketika pelancaran Persidangan Tahunan Dialisis baru-baru ini.
Memandangkan jumlah penderma organ di Malaysia merupakan yang paling sikit di dunia, KKM berharap agar cadangan tersebut diterima dan orang ramai sudi untuk mendaftar bagi meningkatkan jumlah penderma organ di Malaysia.
Bilangan pesakit buah pinggang juga dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Oleh sebab itu, ahli kabinet telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia sahaja.
Sumber : The Star
Baca juga :