Semalam kecoh satu dunia berikutan masalah akses ke atas servis-servis utama Google termasuklah YouTube, Gmail, Google Doc dan Drive.
Berikutan itu, berjuta pengguna Google berdepan masalah melakukan kerja-kerja mereka termasuklah ibu bapa yang terpaksa menenangkan anak-anak mereka kerana gagal menjelaskan kenapa video-video di laman YouTube tidak boleh ditonton.
Respon terhadap isu yang berlaku itu, Google menjelaskan bahawa masalah tersebut berlaku kerana isu kuota penuh pada storan dalaman mereka.
Google menyatakan, masalah itu berlaku dalam tempoh 45 minit.
Today, at 3.47AM PT Google experienced an authentication system outage for approximately 45 minutes due to an internal storage quota issue. This was resolved at 4:32AM PT, and all services are now restored.
— Google Cloud (@googlecloud) December 14, 2020
Pihak Google telah bertindak segera dan berjaya menangani masalah itu dalam tempoh singkat.
Walaupun singkat, ia merupakan masa yang cukup sukar bagi sebahagian besar penggunanya khususnya ibu bapa yang terpaksa menahan amukan anak-anak mereka kerana laman YouTube hanya memaparkan imej monyet berwarna ungu, memakai topi sambil memegang penukul dan mesej bertulis “Something went wrong…“.