Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kuo: Tiada Touch ID Bawah Skrin Untuk iPhone Sehingga 2024

Posted on Mac 31, 2022

Ura-ura berkenaan iPhone 14 dan iPhone 15 rancak bertebaran walaupun iPhone 15 dijadualkan lancar pada September tahun depan.

Terdahulu, Ming-Chi Kuo, penganalisis terkenal pernah meramal iPhone 15 akan hadir sokongan Touch ID bawah skrin, atau pengesanan cap jari pada panel skrin hadapan.

Ciri ini sudah mudah didapati pada peranti Android bahkan peranti kelas pertengahan sekalipun.

Namun, Kuo semalam menghantar twit bahawa ramalannya sebelum ini mungkin salah berikutan pengamatan terbaharunya menyimpulkan bahawa tiada teknologi pengimbas cap jari bawah skrin untuk kedua-dua siri iPhone 14 dan 15.

Jadi, alternatif terbaik setakat ini hanyalah Face ID yang dapat mengesan wajah yang memakai pelitup muka. Ciri ini telah tersedia bagi iPhone 12 dan ke atas melalui iOS 15.4.

I previously predicted iPhones would support under-display fingerprint sensing/Touch ID in 2023 at the earliest. But the latest survey indicates new iPhones in 2023 & 2024 may not adopt under-display Touch ID. Face ID with a mask on iPhone is already a great biometrics solution.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 30, 2022

Secara peribadi selama menggunakan peranti dengan pengesan cap jadi pada skrin, ia bukanlah sesuatu yang terlalu lancar. Dalam 10 kali cubaan, pasti sekurang-kurangnya sekali peranti tidak dapat mengesan cap jari.

Tambah pula, kadang-kala jari kita berpeluh dan berminyak lantas menambah kotoran pada skrin.

Bagi anda, apakah perlu Apple memasang teknologi Touch ID bawah skrin atau terus memajukan aspek keselamatan lain?

Sumber: Ming-Chi Kuo

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress