Apple kini dilaporkan mungkin akan memperluas pengeluaran MacBook ke Thailand pada masa akan datang, bagi mempelbagaikan rantaian bekalan dan mengurangkan kebergantungan pemasangan produk di China.
{suggest}
Melalui satu siri ciapan di Twitter, penganalisis Ming-Chi Kuo menjangkakan Thailand mungkin akan menjadi lokasi pengeluaran utama di luar China untuk MacBook kelak. Ketika ini, pemasangan semua model MacBook bergantung kepada kilang-kilang di China.
(5/6)
3. In the medium term (within 3-5 years), at least the US market (~25-30%+ of global shipments) can be supplied by assembly sites located in non-China to reduce potential impacts from political risks (e.g., US-China tariffs).— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) October 11, 2022
Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang, dikhabarkan sekurang-kurangnya pasaran Amerika Syarikat (AS) boleh dibekalkan dengan produk yang dipasang daripada kilang di luar China.
Sementara itu, dalam jangka masa panjang, berkemungkinan pasaran di luar China akan menerima bekalan produk yang dipasang oleh kilang yang terletak di luar China. Manakala pasaran China pula dibekalkan produk yang dipasang di China.
Gambar utama: Apple Insider
Sumber: Ming-Chi Kuo