Majoriti negara Eropah ketika ini dengan menghadapi ancaman krisis tenaga dek pergolakan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.
Walau bagaimanapun, krisis ini mempunyai potensi untuk mengubah struktur tenaga benua Eropah itu ke arah sumber yang lebih bersih, selamat dan kekal.
Pembuat Panel Solar Dari China Kurangkan Harga Jualan
Penghasil panel solar terbesar dunia, China dijangka mengurangkan harga bahan tersebut atas faktor penurunan kos bahan utama, polysilicon dan lambakan bekalan.
3 pembuat panel solar utama China, Longi Green Energy Technology, TCL Zhonghuan dan Tongwei Solar akan mengurangkan harga pasaran sebanyak 27%, mengikut Persatuan Industri Silikon China.
Oleh itu, Eropah dijangka dapat memanfaatkan penurunan harga panel solar itu sebagai alternatif terhadap kebergantungan kepada bekalan gas dari Rusia.
Tidak mustahil beberapa tahun akan datang, banyak negara Eropah akan mengubahkan polisi tenaga mereka ke arah sumber tenaga bersih seperti solar dan lain-lain.
{suggest}
Mengikut Agensi Tenaga Antarabangsa, China membina dan menghasilkan lebih 80% panel solar dunia. Bahkan Loji Tenaga Solar Qatar yang pertama juga telah dibina menggunakan teknologi dan peralatan dari China.
Sumber: South China Morning Post
Gambar utama: China Daily