Kini, pelabur kripto di platform pertukaran kripto, Tokenize Xchange Malaysia (tokenizemalaysia.com) boleh membuat deposit fiat MYR secara nyata menerusi FPX.

Menerusi emel kemaskini kepada penggunanya, TokenizeXchange Malaysia berkata: “Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Tokenize Xchange Malaysia kini sudah ada fungsi FPX untuk deposit MYR secara nyata kedalam dompet fiat Tokenize anda”.

Kata emel itu juga, deposit menggunakan FPX sudah boleh digunakan bermula dari 14 Jun. Difahamkan, fungsi itu dikuasakan oleh eGHL Pay yang mana membolehkan penggunakan berdeposit melalui pemindahan bank dan eGHL Pay.

Hasil percubaan dari pihak kami sendiri mendapati proses deposit sangat mudah dan nyata (jika dibandingkan dengan cara pembayaran sebelum ini). Sebaik sahaja pembayaran berjaya, dompet fiat akan terus dikreditkan dengan deposit terbabit.

Namun, terdapat sedikit masalah sekiranya pembayaran tidak berjaya (seperti contoh, tersilap nombor TAC) yang mana laman web TokenizeXchange akanĀ loadingĀ  sehingga kami terpaksa menutupnya secara manual setelah menunggu lebih 2 minit.

Di Malaysia, terdapat tiga platform pertukaran kripta yang diiktiraf oleh Securities Commission Malaysia iaitu Tokenize Xchange, Luno dan Sinegy Technologies.