KPDNHEP menguar-uarkan sebuah lagi bentuk scam melalui SMS. Dalam SMS ini, ia mengatakan TNB akan menyalurkan bantuan pada mereka yang terkesan akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri pada minggu lalu.
Bantuan tersebut kononnya disalurkan melalui akaun TNG eWallet. Justeru, meminta pengguna klik pautan disertakan dalam SMS.
Jangan klik pautan tersebut kerana ia helah memperdaya anda memasukkan data.
Modus operandi ini sebenarnya sama dengan taktik digunakan mereka sebelum ini, seperti dikongsi PDRM. Bezanya, mereka menggunakan nama MySejahtera sebelum ini.
Pautan tersebut ditaip “https://touchngologin.cc/“, yang boleh buatkan orang ramai percaya bahawa pautan tersebut tulen daripada pihak Touch ‘n Go sendiri.
Pada pandangan saya, Touch ‘n Go juga perlu memaklumkan melalui media sosial tentang penipuan yang menggunakan jenama mereka ini kerana sudah 2 kali hal yang sama berlaku.
Sumber:KPDNHEP