Samsung Galaxy Note 20 Ultra telah dilancarkan dengan dua model iaitu menggunakan cip Snapdragon 865+ bagi pasaran Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan sebagainya. Sementara, kebanyakan pasaran global yang lain ditawarkan dengan cip Exynos 990.
Peranti ini dijual pada harga $1299, manakala untuk pasaran Malaysia diletakkan pada harga RM5199.
Kini, berdasarkan laporan dari Counterpoint, kos bahan pembuatan (Bill of Material) Note 20 Ultra dilaporkan hanya dibawah $549 iaitu pada sekitar ~RM2286. Ianya termasuk kos keseluruhan komponen, ujian, aksesori dalam kotak pembelian, stylus S-Pen dan sebagainya.
Dari segi kos keseluruhan komponen, Senior Analisis Ethan Qi berkata, Note20 Ultra 5G versi mmWave dengan cip Snapdragon 865+ adalah 10% lebih tinggi berbanding sub-6GHz.
Bagaimanapun, nilai tersebut hanyalah kos keseluruhan pembuatan. Mengambil kira kos lain-lain yang termasuk kos berkaitan pemasaran, lesen, penyelidikan dan pembangunan, Samsung tidak mengaut keuntungan bersih ~$750 (~RM3123) bagi sebuah Galaxy Note 20 Ultra sepenuhnya.
Sumber: Counterpoint