Dalam Laporan Suku Tahun Ketiga Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun 2021, JENDELA ada menyenaraikan kos yang diperlukan bagi pembinaan struktur menara telekomunikasi dan struktur telekomunikasi berbumbung di 16  lokasi yang melibatkan 14 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan.

JENDELA menyatakan, kos pembinaan struktur komunikasi termahal adalah di negeri Sarawak iaitu sebanyak RM37,600 diperlukan bagi sebuah menara telekomunikasi dan struktur telekomunikasi berbumbung pula menelan belanja sebanyak RM12,500.

Walaubagaimanapun, kos keseluruhan termahal untuk tempoh 6 tahun bagi sebuah menara telekomunikasi adalah di negeri Johor iaitu sebanyak RM116,750.

Manakala kos keseluruhan termahal bagi struktur komunikasi berbumbung pula adalah di negeri Melaka iaitu sebanyak RM36,540 bagi tempoh 6 Tahun.

Berikut adalah senarai penuh kos perbelanjaan pembinaan struktur menara dan strutur berbumbung telekomunikasi di 14 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan:

Sumber: JENDELA

Baca juga: Celcom Kekal ‘Juarai’ Carta Syarikat Telekomunikasi Yang Paling Banyak Terima Aduan Pelanggan Setakat Jun 2021