Konami telah mengumumkan permainan bola sepak mereka, Pro Evolution Soccer (PES) 2019 LITE kini sudah boleh didapati di platfom Steam untuk dimuat turun secara percuma. PES 2019 LITE ini menawarkan beberapa mod permainan antaranya adalah:
- Online myClub
- PES League Mode
- Offline Exhibition Match
- Training Mode
Pengguna boleh terlibat dalam perlawanan atas talian yang melibatkan pemain lain di seluruh dunia seperti CO-OP (3v3) ONLINE Championship atau PES LEAGUE myClub 1v1.
Pengguna boleh ke laman Steam untuk mendapatkan PES 2019 LITE sekarang. Permainan ini boleh didapati untuk platfom PC, PS4 dan juga Xbox.