Pertama kali diumumkan pada Jun yang lalu, kini realme bakal melancarkan komputer riba realme Book pada minggu hadapan, iaitu 18 Ogos 2021.

Dari segi rekaan, ia mirip Apple MacBook Air tetapi hadir dengan skrin bernisbah 3:2, skrin beresolusi 2K serta bezel lebih nipis.

Dikhabarkan, realme Book turut dilengkapi cip pemproses Intel Core Gen-11, pembesar suara Harman Kardon dan tiga pilihan kemasan warna.

Sementara itu, siri realme GT Master Edition juga akan dilancarkan secara global pada hari yang sama bersempena realmeFanFestival 2021, jam 9 malam.

Dengan ini, berkemungkinan kita bakal lihat dua produk baharu tersebut tiba buat pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Sumber: realme Malaysia, realme weibo

Baca juga: