Umum mengetahui bahawa POCO adalah sebuah jenama terkenal dalam penawaran peranti pintar mampu milik.
Kini, mereka akan meluaskan lagi produk mereka dengan melancarkan komputer riba POCO tidak lama lagi.
Berdasarkan laporan, komputer riba tersebut telah pun menerima pengesahan dari BIS di India dimana terdapat dua model – R15B02W dan R14B02W.
Menurut Mukul Sharma yang menemui maklumat ini, beliau juga mengatakan bahawa komputer riba ini mungkin adalah dijenamakan semula daripada Xiaomi Mi Notebook.
2 new laptop batteries (R15B02W, R14B02W)have now received the Indian BIS certification, but this time they are listed under the POCO branding.
POCO laptops? #Xiaomi #POCO pic.twitter.com/fNeP3kEFTG— Mukul Sharma (@stufflistings) December 17, 2020
Ini menguatkan lagi kerana sebelum ini juga peranti POCO turut dijenamakan semula dari Xiaomi Redmi.
Tambahan lagi, POCO dikatakan akan memperkenalkan fon telinga tanpa wayar mereka yang pertama bersama-sama komputer riba ini nanti.
Tiada maklumat lain berkenaan tarikh pelancaran dan harga komputer riba ini. Namun, sejak POCO tidak lagi di bawah Xiaomi mereka pasti mahu mengukuhkan jenama mereka walaupun masih bergantung dari Xiaomi dalam bekalan dan lain-lain.
Sumber: Gizmochina, 91Mobile