Ada yang bermain game untuk suka-suka dan mengisi masa lapang. Ada juga individu yang bermain dengan ‘try hard’ untuk naikkan rank atau ‘push rank’.

Namun, pasti anda sentiasa tersekat pada rank yang sama dari mula bermain hinggalah sekarang. Oleh itu, Kohai adalah jawapan yang anda cari selama ini.

Kohai merupakan sebuah platform dan perkhidmatan yang menawarkan pemain ‘casual’ untuk main bersama-sama pemain lain yang jauh lebih mahir, berpengalaman dan juga profesional.

Konsep aplikasi ini adalah daripada sistem sosial negara Jepun, senpai-kohai yang membawa maksud senior-junior.

aplikasi Kohai

Oleh itu, platform Kohai juga mempunyai sistem serupa – gamers dan partners.  Gamers adalah individu yang ingin “berguru”, sementara partners individu yang mempunyai kemahiran atau tahap profesional.

Bagaimana Kohai ini berfungsi adalah seperti berikut:

Terdapat dua cara. Pertama adalah membayar dengan kadar rata RM10 per jam. Pemain boleh memilih permainan sama ada Mobile Legends atau PUBGM, pilih rank dan akhir sekali akan dipadankan bersama pemain pro.

Kedua adalah menempah slot seperti memilih tarikh dan masa. Harga yang ditetapkan juga adalah berbeza mengikut rank semasa pemain, hero dipilih dan tempoh bermain.

Buat pengetahuan, anda tidak boleh memilih untuk bermain dengan siapa. Sebaliknya ia akan diberikan secara rawak. Selain itu, anda juga berpeluang untuk bermain dengan pasukan Geek Fam memandangkan mereka adalah partners.

Muat turun Kohai di – App Store dan Play Store

Sumber: Siaran Akhbar Kohai

Baca juga: