Sebelum ini pernah dilaporkan tentang kerjasama antara realme dan Kodak untuk menggunakan teknologi Kodak dalam kamera telefon pintar ‘flagship‘ mereka.

Kini dilaporkan OPPO juga turut bekerjasama dengan Kodak untuk kamera telefon pintar ‘flagship‘ mereka.

Kamera telefon pintar flagship OPPO akan datang itu dikhabarkan akan dilengkapi dengan sensor berkembar terbaru dari  Sony iaitu IMX766 50MP.

Kerjasama itu dilaporkan sebagai tribute OPPO kepada rekaan kamera klasik Kodak.

Kerjasama ini tidak mengejutkan kerana OPPO dan realme berada di bawah satu syarikat utama yang sama iaitu BBK Electronics.

BBK Electronics merupakan pembuat telefon pintar terbesar di dunia yang mana ia turut mengeluarkan telefon pintar lain termasuklah Oppo, Vivo, Realme, OnePlus dan Iqoo.

Sumber: GSM Arena

Baca juga: