Belum pun lagi model jam pintar terbaru “Apple Watch Series 7” diperkenalkan Apple pada tahun ini, tetapi kini muncul sudah foto-foto yang didakwa sebagai klon jam pintar tersebut di China.

Klon jam pintar Apple Watch Series 7 itu dikongsikan oleh akaun pengguna di  Twitter yang menggunakan nama samaran Majin Bu.

Cuma berbeza dengan model original Apple Watch Series 7 yang dijangka akan dijual sekitar $399, harga jam pintar klon tersebut hanya dijual pada harga $60 sahaja di China menurut pengguna Twitter tersebut.

Menurut Majin Bu lagi, klon Apple Watch Series 7 itu juga turut ditawarkan dalam versi tahan karat.

Apple Watch Series 7 dijangka akan diperkenalkan Apple pada pertengahan bulan September nanti.

Antara ura-ura tentang jam pintar terbaru Apple ini adalah ia akan ditawarkan dalam saiz yang lebih besar.

Sumber: Apple Insider

Baca juga: Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Apple Watch Series 7

Mungkin Apple Watch Series 7 Akan Ada Saiz Lebih Besar