Bagi memastikan golongan  remaja dan pelajar menikmati akses internet yang berkualiti dan berpatutan serta tidak ketinggalan semasa proses PdPR, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan inisiatif Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia adalah pelan prabayar untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah. Mereka bakal menerima data 20GB untuk tiga bulan dengan hanya membayar RM10 sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30). Selain itu, 1GB data produktiviti juga diberikan setiap hari serta internet asas tanpa had.

Mana-mana remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad. Manakala pelajar melebihi 21 tahun pula perlu mendaftar menggunakan kad pelajar.

Untuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia, rakyat Malaysia kini boleh memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Pelan langganan adalah serendah RM40 menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan, bergantung kepada jenis peranti dan perkhidmatan dilanggan. Pakej ini juga termasuk 1GB data percuma untuk produktiviti.

Tambahan lagi, pengguna juga layak melanggan sehingga dua pakej tersebut dengan MyKad yang sama. Sementara tempoh mendaftar pakej ini bermula 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Dengan ini, golongan pelajar bukan sahaja dapat akses internet mampu milik tetapi juga dapat memiliki peranti 4G.

Sehubungan itu, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pakej ini dari semasa ke semasa.

Sumber: bernama

Baca juga: