Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

KKMM Kini Dijenama Semula Sebagai Kementerian Komunikasi Dan Digital

Posted on Disember 7, 2022Disember 7, 2022

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil melalui sidang media hari ini mengesahkan nama rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital, sebagai penjenamaan semula bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

{suggest}

Buat masa ini, beliau memaklumkan belum ada perbincangan jika akronim bagi kementerian yang diterajuinya itu akan dirujuk sebagai KKD atau nama lain.

Di sisi yang lainnya, Fahmi turut memaklumkan satu pertemuan di antara Kementerian Komunikasi dan Digital, dan Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti semula Digital Nasional Berhad serta pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress