Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah melancarakan sebuah laman sesawang terbaru khusus berkaitang buah pinggang iaitu www.MyBuahPinggang.com.

Laman sesawang itu dibangunkan oleh Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) dengan kerjasama KKM.

Majlis pelancaran laman sesawang itu yang dibuat secara maya menerusi Facebook itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr. Noor Hisham, laman sesawang tersebut adalah pusat sehenti untuk orang ramai bagi mendapatkan maklumat mengenai penyakit buah pinggang.

Ia juga adalah sebagai salah satu cara bentuk pendidikan kesihatan yang diberikan secara berterusan kepada masyarakat bagi memperkasakan sektor kesihatan negara.

Sekaligus membantu memberikan kesedaran kepada orang ramai serta mengurangkan kejadian kegagalan buah pinggang kronik di negara ini.

Menurut KKM, sebanyak lima peratus daripada rakyat Malaysia direkodkan menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Malangnya sebahagian besar penghidapnya hanya sedar mengenainya apabila ia berada pada tahap serius.

Sumber: BHarian, KKM