Pada hari Sabtu yang lalu, seorang lelaki Norway telah mencipta rekod dunia baru dengan menyanyikan lagu-lagu Elvis Presley selama 50 jam, 50 minit dan 50 saat berturut-turut dalam pertandingan dalam talian. Kjell Henning Bjornstad, juga dikenali dengan nama pentasnya, “Kjell Elvis”, telah menyelesaikan maraton nyanyian itu di sebuah pub di Oslo.
Menurutnya, beliau tidak akan melakukannya lagi setelah berjaya memecahkan rekod yang diakui oleh Guinness World Record. Persembahan beliau telah disiarkan oleh tabloid Oslo VG.
Bjornstad mula menyanyi pada hari Khamis pagi dan beralih antara duduk dan berjalan di atas pentas. Apabila beliau selesai menyanyi kesemua lagu Elvis, beliau mula menyanyi lagi.
Bjornstad yang sentiasa disajikan air panas dengan madu dan limau, telah diawasi oleh seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan. Penyanyi itu dinasihati untuk mengurangkan pengambilan kopi dan sebaliknya bergantung kepada smoothie, buah, dan bar tenaga untuk mengekalkan suaranya.
“Kjell Elvis” dibolehkan berehat lima minit setiap jam. Sebelum ini pada tahun 2004, penyanyi German, Thomas “Curtis” Gaethje telah menetapkan rekod maraton nyanyian Elvis Preseley selama 43 jam, 11 minit dan 11 saat.