Kurang 3 minggu lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Oleh itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan agar warga emas untuk mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19 menjelang Ramadhan sebagai perlindungan diri.
Sebentar tadi, beliau ada menciapkan graf di laman Twitter menunjukkan kadar kematian warga emas yang tiada vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi. Semalam sahaja, sebanyak 105 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana2 sekarang. Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) March 17, 2022
Menurut beliau, warga emas akan beramai-ramai ke masjid pada bulan Ramadhan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Oleh itu, beliau merayu agar golongan ini untuk mengambil vaksin dan dos penggalak sebagai ikhtiar dan tawakal kepada Pencipta untuk melindungi diri daripada wabak ini.
“Kapasiti hospital atau unit rawatan rapi (ICU) terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal” tambahnya lagi.
Sumber: Khairy Jamaluddin
Foto utama: Bernama
Baca juga: