Kita sedia melihat pelbagai inisiatif rakyat dilaksanakan dalam membantu golongan terkesan. Ada foodbank, gerobok makanan, bendera putih dan bagi isyarat bantuan secara digital pula, halaman web KitaJaga boleh dipilih.

Jika sebelum ini KitaJaga hanya boleh diakses melalui halaman web sahaja, pembangun aplikasi, Terato Tech mula mengumumkan versi aplikasi mudah alih untuk pengguna.

Untuk makluman, buat masa sekarang ia hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja dan ia sudah boleh muat dimuat turun dari AppStore.

Bagi versi Android pula ia bakal menyusul namun tidak dinyatakan tarikh spesifik mengenainya. Terato Tech merupakan kumpulan pembangun tempatan yang hadir menawarkan isyarat berasaskan peta khusus untuk golongan yang memerlukan bantuan seperti makanan, kewangan dan sebagainya.


Selain itu, pengguna juga boleh menandakan lokasi bantuan yang hendak disalurkan bagi memudahkan orang ramai pergi mendapatkannya.