Sebagai salah satu aplikasi pemesejan segera yang popular, kemaskini Whatsapp sangat dinanti-nantikan ramai.
Kali ini, Whatsapp membawakan satu ciri yang bakal memudahkan perkongsian fail sesama pengguna iaitu sokongan menghantar pelbagai jenis format fail.
Sebelum ini, platform pemesejan ini hanya terhad kepada perkongsian seperti
- Foto
- Video
- Audio
- Senarai kenalan
- Lokasi
Dengan ciri baru diperkenalkan ini, pengguna bolehlah menghantar sebarang jenis fail dengan saiz maksimum 100MB melalui Whatsapp.
Pastikan anda mengemaskini aplikasi untuk menikmati ciri tersebut. Klik sini untuk kemaskini Whatsapp