Selain beberapa tetapan baharu dilancarkan, WhatsApp turut menambah beberapa ciri pada panggilan grup, yang membolehkan anda ‘mute’ dan menghantar mesej kepada orang tertentu dalam panggilan grup anda.
Ciri ini sepatutnya membantu terutamanya dalam situasi di mana seseorang mungkin tidak menyedari bahawa orang lain boleh mendengar apa yang berlaku di latar belakang.
Some new features for group calls on @WhatsApp: You can now mute or message specific people on a call (great if someone forgets to mute themselves!), and we've added a helpful indicator so you can more easily see when more people join large calls. pic.twitter.com/fxAUCAzrsy
— Will Cathcart (@wcathcart) June 16, 2022
WhatsApp juga menambah banner yang akan memberitahu anda apabila seseorang menyertai panggilan tersebut.
Selain itu, WhatsApp telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang lain termasuk penambahan toggle privasi baharu yang memberi pengguna kawalan lebih terperinci ke atas foto profil dan status Last Seen.
Sumber: The Verge