Kalau satu ketika dahulu ada aplikasi yang boleh mengubah wajah seseorang dari muda kepada tua, kini timbul pula aplikasi yang bakal merunsingkan wanita-wanita di seluruh dunia – aplikasi yang boleh menunjukkan muka seseorang itu tanpa mekap.
Aplikasi bernama MakeApp itu sudah berjaya ‘merungkai’ wajah tanpa mekap beberapa selebriti popular barat seperti Taylor Swift dan Beyonce dan hasilnya agak tidak mengecewakan. Malah aplikasi itu turut ‘menanggalkan mekap’ di muka Donald Trump.
#MakeApp #Beyonce pic.twitter.com/NAlTXVrms2
— butteposter (@butteposter1) November 16, 2017
#Makeapp, la #app que elimina el #maquillaje del rostro, se convierte en objeto de críticas. #NoMakeUp https://t.co/2zH9qJEqml pic.twitter.com/bGqu3QWpoo
— Trendencias Belleza (@TrendBelleza) November 16, 2017
with makeapp @realDonaldTrump looks even better. pic.twitter.com/RwtlB2Pkzh
— アダム ? ? (@darklordkek) November 15, 2017
Aplikasi hiburan itu dicipta oleh Magic Unicorn Inc. dan dipopularkan orang ramai dengan #makeapp di media sosial.