Sebuah kilang terbesar di dunia yang dibangunkan hanya untuk tujuan menyerap karbon dioksida yang terkandung di dalam atmosfera kini dilaporkan telah mula beroperasi bermula hari ini.

Kilang yang terletak di Hellisheidi, Iceland ini dibangunkan oleh Climeworks AG dari Switzerland. Ia turut mendapat sokongan daripada gergasi teknologi Microsoft Corp.,Swiss Re dan beberapa lagi syarikat korporat utama.

Kilang yang dinamakan sebagai ‘Orca’ atau bermaksud ‘tenaga’ di Iceland ini dijangkakan mampu menarik keluar sehingga 4,000 tan metrik karbon dioksida dari udara setiap tahun dan menukarkannya kepada batu-batuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘The Intergovernmental Panel on Climate Change‘, dunia perlu mengeluarkan sejumlah 100 bilion atau 1 trilion tan karbon dari atmosfera di penghujung abad ini untuk mengelakkan kesan pemanasan global yang lebih teruk.

Walaupun pembinaan kilang sebegini menerima maklum balas positif dari para saintis dan pelabur, tetapi sehingga kini ia masih belum jelas sama ada cara ini adalah kos yang paling efektif bagi membuang karbon dari atmosfera untuk jangka masa panjang.

Sumber: ClimeWorks, GIZMODO