Setelah 36 tahun beroperasi, kilang pembuatan Sony di Perai, Pulau Pinang dilaporkan akan ditutup pada September 2021 kelak. Kilang tersebut memfokuskan kepada penghasilan produk audio seperti Walkman untuk pasaran eksport dan tempatan.

Dengan penutupan operasi kilang Sony di Perai, hampir 3400 pekerja akan diberhentikan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Domestik Negeri, Halim Hussain, ia melibatkan 1800 pekerja tempatan dan 1600 pekerja asing.

Tambahnya, sebahagian pekerja ini akan akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi.

Penutupan ini juga dikatakan akan dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya pada September tahun hadapan. Ia merupakan sebagai sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya di peringkat global.

Bagi pihak Sony Malaysia, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara tersebut.

Sumber: FMT