Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Khas Buat ‘Kipas Susah Mati’, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition Dijual Pada Harga RM4999

Posted on Disember 23, 2022

Asus telah melancarkan kemasukan baharu siri ROG Phone 6, ROG Phone 6 Diablo Immortal Editi0n. Edisi ini menawarkan ROG Phone dengan tema, rekaan dan juga aksesori dengan estetik game tersebut.

Selain itu, ini adalah hasil kolaborasi antara ROG dan Blizzard Entertainment dan ia sudah tersedia untuk pasaran Malaysia untuk satu variasi sahaja, 16GB+512GB.

Dari dalam kotak, pengguna akan dapat ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, Immortality ejector pin, peta Sanctuary, lampu suluh Fahir’s Light dan casing Shield Blessing.

Pembaca boleh melihat gambaran peranti dan aksesori edisi ini dengan lebih jelas melalui di atas. Pembaca yang berminat boleh dapatkan ROG Phone 6  edisi istimewa dan terhad ini pada harga RM4,999.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress