Sebelum ini ada khabar angin menyatakan iPhone 9 atau iPhone SE 2 mungkin diumumkan sekitar pertengahan bulan lalu. Tapi sehingga kini ia tidak muncul-muncul juga. Namun berdasarkan perkhabaran terbaru yang diungkap daripada Twitter, 15 April mungkin tarikh rasmi peranti tersebut dilancarkan.
Melalui ciapan @jon_prosser, mesyuarat dalaman Apple dan bersedia untuk memperlihatkan iPhone 9 secara rasmi pada pertengahan bulan ini. Disamping itu pemasarannya akan dibuat seminggu selepas acara pelancaran iaitu 22 April.
Selain itu, ciapan tersebut menjelaskan bahawa seluruh dunia sedang mengalami pandemik Covid-19 dan sebarang perubahan mungkin berlaku disebabkannya.
iPhone 9 update ?
Per an internal meeting yesterday, Apple is now preparing for an April release.
Tentative dates:
– Announcement on April 15
– Shipments on April 22Keep in mind: we’re in the middle of a pandemic, and things could change.
Fingers crossed ? pic.twitter.com/egz8UWXd9F
— Jon Prosser (@jon_prosser) March 31, 2020
Terdahulu, edisi seterusnya yang disebut-sebut sebagai iPhone 12 mungkin ditunda pelancarannya. Kebiasaannya, Apple akan mengadakan acara pengenalan peranti baru sekitar September namun diatas kebimbangan Covid-19, mereka masih memantau perkara tersebut.