Banyak khabr angin mengatakan OnePlus akan tampil dengan peranti baru. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan OnePlus akan mengeluarkan OnePlus 3 Mini yang akan hadir dengan paparan skrin berukuran 4.6 inci dengan Snapdragon 820. Namun, Carl Pei, Pengasas OnePlus menolak dakwaan tersebut.
Pihak kami belum pasti tentang peranti terbaru dari OnePlus yang mungkin juga akan melancarkan OnePlus 4 dengan RAM 4GB dan memori dalaman 256GB megikut sumber yang boleh dipercayai. Ianya juga dikatakan akan datang bersama kamera 23 Mega-pixel berbanding model OnePlus 3 yang mempunyai kamera 16 Mega-pixel.
Pihak kami diberitahu OnePlus akan hadir dengan flagship 8GB RAM! Jika ianya benar, OnePlus harus menitikberatkan spesifikasi peranti baru mereka. Namun, jika ianya datang dengan pemproses Snapdragon 821, maka kita harus melupakan khabar angin ttersebut.
Sama sama kita nantikan.