HarmonyOS iaitu sistem operasi bagi ekosistem peranti yang dibangunkan Huawei telah pun dilancarkan pada awal Jun lalu.

HarmonyOS bukan sahaja untuk telefon pintar semata-mata, tetapi ia bakal digunakan tablet, jam tangan pintar, TV pintar, rumah pintar, peranti kesihatan, kereta pintar dan juga internet benda (IoT).

Walaupun HarmonyOS membawakan beberapa ciri baru serta reka bentuk antaramuka yang segar, tetapi ia juga dilaporkan turut membawa beberapa pepijat yang menyebabkan isu pada peranti yang menjalankan sistem tersebut.

Baru-baru ini terdapat dakwaan dari sebahagian pengguna peranti Huawei yang kononnya mereka telah berdepan dengan isu sambungan Wi-Fi menerusi peranti mereka yang menjalankan sistem HarmonyOS.

Tidak lama selepas isu tersebut, pengguna di China menerusi platfom sosial mereka memulakan khabar angin dengan mengatakan yang “HarmonyOS adalah versi cetak rompak Android”.

Malah didakwa yang menyebarkan fakta palsu itu adalah dari pihak China Mobile iaitu penyedia rangkaian telekomunikasi terbesar di China.

Ia berikutan sebaran mesej palsu yang mengaitkan syarikat tersebut dengan isu sambungan Wi-Fi pada peranti Huawei.

As Huawei HarmonyOS pirates Android and is not certified by the Wi-Fi Alliance, devices with HarmonyOS installed to connect to the network via WIFI will have slow network speeds and dropped connections. It needs to wait for the Huawei system side to negotiate with the WIFI alliance side for filing, and the approval of the Internet-related organizations. This phenomenon has nothing to do with the network, please be aware of the users who use the HarmonyOS system.”

Berikutan penyebaran fakta palsu itu, pihak China Mobile telah respon dengan menegaskan bahawa mereka tidak melepaskan mesej tersebut dan menafikan mereka ada menerima aduan pengguna tentang isu Wi-Fi yang didakwa itu.

Sumber: Huawei Central

Baca juga: HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula