Pada mulanya disangka sebuah jenaka atau parodi, KFC hari ini telah memperkenalkan sebuah konsol gaming KFC Console di bawah jenama KFC Gaming.

KFC Gaming telah bekerjasama dengan Cooler Master untuk menghasilkan KFC Console ini. Ia hadir dengan cip Intel Nuc 9 minicomputer dan juga slot GPU desktop boleh tukar.

Kemampuan lain adalah ia menyokong VR, ray tracing seperti PS5 dan Xbox terbaharu, serta sokongan 240fps dan output 240Hz untuk paparan 4K.

Akan tetapi, tarikan sebenarnya adalah kebolehannya untuk memanaskan ayam untuk mengekalkan kehangatan ayam ketika bermain permainan. Ya, panaskan ayam dalam sebuah ‘komputer’!

Buat masa ini, KFC tidak mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai tarikh jualan dan juga harga KFC Console ini.

Sumber: KFC Gaming