Semalam, Adam Messinger Ketua Pegawai Teknologi bagi rangkaian media sosial Twitter mengumumkan peletakan jawatan dari syarikat itu. Peletakkan jawatan itu dibuat menerusi satu tweet yang ditulis melalui akaun Messinger dengan ucapan terima kasih kepada pengasas bersama Jack Dorsey.
After 5 years I’ve decided to leave Twitter and take some time off. Grateful to @jack for the opportunity and to my team for shipping.
— Adam Messinger (@adam_messinger) December 20, 2016
Turut sama meninggalkan syarikat itu adalah Naib Presiden Josh McFarland yang akan menyertai Greyjoint Partners, sebuah firma permodalan dari Silicon Valley yang membantu usahawan dalam membina perisian.
Peletakan jawatan ini merupakan kali kedua melibatkan kakitangan kanan Twitter dimana pada bulan lalu Ketua Pegawai Operasi, Adam Bain meninggalkan syarikat dan diambil alih oleh Anthony Noto. Messinger bagaimanapun masih belum mengulas apa yang mahu dilakukan selepas ini.