Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ke Tepi Monitor 1080p 360Hz, Monitor 1440p 360Hz Kini Jadi ‘Standard’ Baharu Untuk Gaming

Posted on Januari 5, 2022Januari 5, 2022

Pada acara CES 2022 yang sedang berlangsung, Nvidia telah mengumumkan barisan monitor gaming baharu dari pelbagai jenama.

Tetapi ia bukan sekadar monitor gaming biasa-biasa. Monitor yang diumumkan ini mempunyai resolusi 1440p dan juga kadar segar semula mencecah 360Hz.

Sebelum ini, Full HD (1080p) adalah merupakan resolusi ‘standard’ apabila dikaitkan dengan gaming dan sudah pun mencecah kadar segar semula sehingga 240Hz dan 360Hz.

Namun dengan generasi kad grafik yang semakin berkuasa dan perisian semakin efisien, komputer sekarang sudah semakin bagus dalam mengendalikan resolusi 1440p pula.

4 monitor baharu yang diumumkan itu adalah:

  • AOC Agon Pro AG274QGM Mini LED – 27″, 1440p, 300Hz
  • Asus ROG Swift 360Hz PG27AQN – 27″, 1440p, 300Hz
  • MSI MEG 271Q Mini LED – 27″, 1440p, 360Hz
  • ViewSonic Elite XG27G-2K – 27″, 1440p, 300Hz

Jika diperhatikan, kesemua monitor adalah bersaiz 27 inci. Ini adalah menurut Nvidia yang mengatakan saiz 27 inci adalah saiz ideal untuk gamer.

Tambahan ada kajian mengatakan bidikan pemain meningkat kepada 3% apabila menggunakan monitor 27 inci berbanding 24 inci.

Antara ciri tambahan memfokuskan esport adalah saiz skrin boleh dikecilkan secara digital kepada 25 inci. Nvidia mengatakan ciri ini adalah sebagai pilihan alternatif kepada pemain yang mahukan saiz skrin sedikit lebih kecil.

Sumber: PCMag

Baca juga:

  • 5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini
  • Ini Rupa Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Olimpik 2022 Beijing
  • Pertama Di Dunia, Monitor 4K Dengan Kadar Segar Semula 240Hz Akan Diumum Samsung Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress