Aplikasi TNG eWallet di bawah TNG Digital menjadi salah satu e-dompet antara paling banyak digunakan rakyat Malaysia. Selain integrasi dengan RFID dan kad Touch ‘n Go, ia juga digunakan meluas peniaga seluruh negara.
Namun, tahukah akaun TNG eWallet juga mempunyai 3 taraf iaitu Lite, Pro dan Premium?
Semakin tinggi taraf tersebut, makin besar had transaksi bulanan dan tahunan.
Untuk menyemak jenis akaun anda, masuk aplikasi TNG eWallet > ikon manusia di bucu kanan atas > My Tier.
Mudahnya, akaun Lite adalah semua akaun yang baru didaftar.
Apabila anda sahkan identiti, maka ia akan dinaik taraf ke Pro. Jika anda menggunakan mana-mana ciri Premium misalnya Go+, maka akaun dinaik taraf ke Premium.
Pengangkutan di sini bermaksud transaksi RFID dan PayDirect.
Ini bermakna RFID dan PayDirect tidak dimasukkan dalam had bulanan tetapi tahunan.
Apa itu had bulanan pengeluaran ke akaun bank/e-dompet lain selepas tambah nilai?
Misalnya, anda tambah nilai kemudian pindahkan wang tersebut ke akaun bank, maka anda tertakluk pada pada had bulanan pengeluaran seperti RM2,000 bagi akaun Lite.
Melalui pengalaman kami, jika anda tambah nilai RM2,000 melalui kad kredit lalu serta-merta pindahkan baki RM2,000 ke akaun bank, maka anda akan menerima amaran daripada TNG.
Jumlah ini bagaimanapun akan reset setiap bulan.
Sumber: Touch’ n Go,