Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ketagihan Gajet Boleh Terjadi Seawal Usia 3 Tahun – KKM

Posted on Februari 27, 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan khususnya ibu bapa bahawa ketagihan gajet di peringkat kanak-kanak boleh terjadi seawal usia 3 tahun.

KKM berkata, antara tanda-tanda amaran bahawa kanak-kanak mengalami ketagihan gajet adalah seperti tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, mudah marah atau mengamuk apabila gajet tidak diberikan serta kurang berinteraksi.

KKM menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak ketagih dengan gajet.

KKM menasihatkan ibu bapa supaya tidak mendedahkan kanak-kanak dengan gajet seawal usi 2 tahun ke bawah, mendisiplinkan kanak-kanak dengan menghadkan masa penggunaan selama 1 jam sahaja untuk anak-anak berumur antara 2 hingga 5 tahun serta memperbanyakkan aktiviti luar.

KKM mengingatkan, pendedahan gajet berterusan kepada kanak-kanak sehingga bertukar menjadi ketagihan mestilah dielakkan.

{suggest}

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress