Pada 4 Jun lalu dilaporkan bahawa telah berlakunya insiden kebakaran melibatkan menara komunikasi Batu 10, Hutan Melintang, Perak.
Menara komunikasi yang terbakar itu adalah milik pihak Digi tetapi dikongsi bersama dengan penyedia rangkaian Celcom dan Maxis.
Selepas beberapa hari kerja pembaikan dijalankan, hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi itu telah pun siap sepenuhnya pada Ahad, 6 Jun seperti yang dijanjikan.
Penduduk setempat yang mengalami gangguan disebabkan kejadian tersebut kini telah dapat kembali menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.
Sumber: SKMM