Malaysia takkan dapat merasai tempoh bekerja 4 hari seminggu dalam masa yang terdekat atau jangka masa panjang. Hal ini demikian, Malaysia tidak lagi bersedia untuk pelaksanaan 4 hari bekerja seminggu kerana ia akan meningkatkan kos buat syarikat dan perniaga.
Tambahan lagi, industri kecil dan sederhana tidak mampu menanggung kenaikan kos sekiranya pelaksanaan tempoh bekerja 4 hari seminggu ini.
Memetik laporan The Star, Tan Sri Soh Thian Lai President Federation of Malaysian Manufacturers berkata sebarang tugas yang dilaksanakan selepas tempoh 4 hari bekerja akan dikira sebagai lebih masa atau overtime.
Seterusnya, majikan nak tak nak terpaksa membayar untuk tugasan diwaktu itu dan secara langsung meningkatkan kos operasi syarikat.
Oleh itu, sebarang petukaran atau pelaksanaan tempoh waktu kerja baharu di negara ini perlu dibincang dengan sektor industri dan para majikan.
Sumber: The Star
Baca juga: