Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kereta Terbang X2 Buat Penerbangan Awam Pertama Di Dubai

Posted on Oktober 13, 2022

Pembangun kenderaan elektrik, Xpeng Aeroht telah melancarkan penerbangan awam pertama kereta terbang X2 di Dubai pada minggu ini.

Untuk pengetahuan, X2 ialah kereta terbang generasi kelima yang dihasilkan oleh XPeng Aeroht. Ia direka untuk perjalanan bandar dengan altitud rendah seperti bersiar-siar serta sebagai pengangkutan perubatan.

{suggest}

Menurut Bloomberg, kereta terbang dengan dua tempat duduk itu mempunyai kokpit tertutup dan struktur gentian karbon. Ia juga menyokong kedua-dua mod terbang iaitu manual dan autonomi.

X2 flying car's first public flight is officially launched. Let's take a look at the scene together! #XPENGAEROHT #GITEXGLOBAL #FutureIsNow #FlyingCar pic.twitter.com/5o7JKKFe9f

— XPENG AEROHT (@XPENG_AEROHT) October 11, 2022

Di sisi yang lainnya, Xpeng turut menyatakan pihaknya merancang untuk mengumumkan perkembangan terkini bagi model generasi keenamnya yang boleh digunakan untuk pemanduan di jalan raya dan penerbangan, pada acara Xpeng Tech Day yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober nanti.

Gambar utama: Xpeng Aeroht

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress