Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) memaklumkan bahawa, pihak mereka dan Peguam Negara AS telah memfailkan saman terhadap Google LLC dan iHeartMedia, Inc.
Ia selepas kedua-dua syarikat itu didapati megiklankan hampir 29,000 sokongan menipu oleh personaliti radio yang mempromosikan penggunaan dan pengalaman mereka dengan telefon Pixel 4 Google pada tahun 2019 dan 2020.
Walhal telefon pintar itu tidak pernah pun digunakan oleh pempengaruh radio tersebut.
{suggest}
“Google dan iHeartMedia membayar pempengaruh untuk mempromosikan produk yang tidak pernah mereka gunakan, menunjukkan rasa tidak hormat secara terang-terangan terhadap peraturan kebenaran dalam pengiklanan,” Samuel Levine, Pengarah Biro Perlindungan Pengguna AS.
Ekoran itu, Google dan iHeartMedia dikehendaki membayar denda yang berjumlah USD9.4 juta (~RM41 juta).
Sumber: Federal Trade Commission