Apple dilaporkan telah membayar jutaan dollar kepada seorang pengguna iPhone selepas gambar dan video-video pemilik iPhone itu dimuat naik le laman sosial Facebook.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam tahun 2016 dahulu selepas seorang remaja perempuan berumur 21 tahun menghantar iPhone miliknya ke pusat pembekal rasmi Apple untuk pembaikan yang terletak di Pegatron, California.

Sebanyak 10 kandungan yang disebarkan oleh juruteknik tersebut secara berperingkat ke platfom sosial itu mengandungi video dan gambar lucah pemilik iPhone tersebut.

Baca juga: Apple Kongsi Video Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna

Dalam penyelesaian saman terhadap Apple oleh pemilik iPhone itu tidak dinyatakan secara jelas jumlah bayaran yang diberikan. Tetapi laporan media menyebut ia melibatkan penyelesaian jutaan dolar.

Pihak pendakwaan juga mengancam untuk memfailkan lagi saman terhadap Apple kerana menceroboh privasi sehingga membawa kepada tekanan emosi kepada pemiliknya.

Kesan daripada insiden tersebut, Apple kini mengetatkan lagi protokol ke atas pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan mereka.

Sumber: MacRumors