Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan Pertimbang Tempoh Maksimum Perbaharui Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

Posted on Februari 23, 2023Februari 23, 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh sah lesen memandu sehingga 10 tahun.

{suggest}

Anthony Loke berkata, kementerian juga akan mempertimbang untuk menawarkan diskaun kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, yang bertujuan menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen memandu untuk tempoh lebih lama.

Berikutan itu, Anthony Loke menyatakan pegawai di kementeriannya telah diarahkan untuk mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut.

Umum mengetahui, pembaharuan lesen memandu ketika ini hanya dibenarkan untuk tempoh maksimum lima tahun sahaja.

Terdahulu, Anthony Loke turut mengumumkan pendigitalan lesen memandu dan cukai jalan atau road tax.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress