Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA) hari ini memperkenalkan Program NEM 3.0 (Net Energy Metering). Program yang telah dilaksanakan sejak 2016 lalu adalah bagi membuka peluang kepada semua pengguna elektrik untuk memasang solar PV di bumbung bangunan masing-masing.

Menerusi program itu, kerajaan menawarkan kuota elektrik sebanyak 500MW kepada pengguna yang memasang panel solar PV pada bumbung bangunan mereka termasuklah bumbung kediaman, bumbung rumah-rumah ibadat dan bumbung di bangunan milik usahawan serta syarikat-syarikat tempatan.

KETSA memaklumkan, program NEM telah pun habis dipohon pada 27 November 2020 lalu.

Jadi Program NEM 3.0 ini akan ditawarkan dari tahun 2021 hingga 2023. yang akan dibuka permohonannya dari 1 Februari 2021 hingga 1 Disember 2023.

Maklumat lanjut tentang Program NEM 3.0 ini adalah seperti di jadual yang disertakan.

Permohonan tersebut boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Untuk info lebih lanjut tentang Program NEM 3.0 ini, anda boleh menghubungi pihak KETSA atau SEDA.

Sumber: KETSA