Berikutan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor-sektor yang terjejas.
Sektor-sektor itu termasuklah pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
Diskaun bil elektrik yang ditawarkan itu adalah sebanyak 10% untuk tempoh selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
Pemberian diskaun itu adalah termasuk dalam Matlamat Ketiga inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) iaitu Menyokong Kelangsungan Perniagaan yang terbeban akibat pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan COVID-19.
Sumber: MKN