Jika dahulu filem cetak rompak dijual di pasar malam. Namun, arus pemodenan yang berlaku sebenarnya ‘memudahkan’ kegiatan ini untuk dilakukan.

Burhanuddin Md Razi, Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan cetak rompak siber.

Lagi Lagi Senario - VCDs Pirate scene - English subtitle - YouTube

Ini adalah termasuk memuat naik atau berkongsi kandungan digital secara haram ke platform seperti android box, Telegram, YouTube dan Facebook.

Katanya lagi, kegiatan ini sebenarnya dilihat membimbangkan dan takut jika penerbit filem tempatan tidak mahu lagi melabur dalam industri ini.

Hal ini kerana kebanyakan pembuat dan penerbit filem tidak dapat menjana keuntungan daripada filem disebabkan cetak rompak yang berleluasa di internet.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Episode terbaru 2019 - YouTube

Beliau yang juga sebagai Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd turut menyatakan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah ‘mangsa’ cetak rompak baharu.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) juga patut merangka strategi untuk mengetengahkan masalah ini kepada kerajaan demi kemajuan industri ini.

Sumber: BERNAMA