Kerajaan China kini dilaporkan telah membuang 105 aplikasi termasuk TripAvisor, yang merupakan organisasi pelancongan dari Amerika Syarikat. Tindakan ini adalah kempen untuk membersihkan gedung aplikasi daripada kandungan berkaitan pornografi, pelacuran, perjudian dan keganasan.

Pentadbiran Cyberspace China dalam satu kenyataan mengatakan bahawa aplikasi yang dikeluarkan daripada gedung aplikasi di negara itu telah melanggar satu atau lebih dari tiga undang-undang siber, tanpa memberikan perincian bagi setiap aplikasi.

Kempen yang dimulakan pada 5 November ini adalah sebagai respon kepada  pendapat umum terhadap kandungan yang dianggap menyinggung perasaan. Ia turut menyatakan akan terus mengawal selia dan membuang aplikasi yang melanggar undang-undang.

Dalam pada itu, pihak TripAdvisor buat masa ini belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sumber: Reuters