Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta grab ehailing mahal

Kerajaan Belum Cadang Kawal Selia Tambang e-Hailing

Posted on November 15, 2023November 15, 2023

Kerajaan belum bercadang untuk mengawal selia tambang perkhidmatan e-hailing buat masa ini kerana penentuan harga lantai tambang bagi sektor itu adalah kompleks.

{suggest}

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan, ia perlu dilihat pada imbangan kadar upah pemandu secara keseluruhan, serta fleksibiliti harga tambang yang ditentukan mengikut padanan faktor semasa. Harga tambang kepada pengguna boleh meningkat sekiranya harga lantai ditetapkan kerajaan.

Tambahan pula, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira, termasuk kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran yang menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.

Bagaimanapun, perbincangan telah diadakan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan pemain utama industri e-hailing bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress