Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan Belanda Haramkan Peranti Pintar Dibawa Masuk Ke Dalam Kelas Bermula 2024

Posted on Julai 5, 2023

Kerajaan Belanda akan menguat kuasakan larangan terhadap pelbagai peranti pintar meliputi telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar daripada dibawa masuk ke dalam bilik darjah sekolah-sekolah di Belanda.

Larangan itu akan bermula pada 1 Januari 2024 sebagai langkah untuk mengehadkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Walaubagaimanapun, peranti pintar masih dibenarkan dibawa masuk ke dalam kelas \ jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pelajaran tentang kemahiran digital, atas sebab perubatan atau untuk orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pendidikan negara itu menyatakan, kajian saintifik menunjukkan telefon pintar memberi gangguan kepada para pelajar.

Larangan itu adalah hasil persetujuan antara pihak kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan. Namun begitu, sekolah-sekolah di Belanda boleh mencari cara mereka sendiri untuk menganjurkan larangan itu.

Tetapi peraturan undang-undang akan diikuti jika ia tidak membuahkan hasil yang mencukupi menjelang musim panas 2024.

{suggest}

Sumber: Free Malaysia Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress