Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan Akan Teliti SOP SMS Yang Dihantar GOV – Timbalan Menteri KKD

Posted on Januari 4, 2023Januari 4, 2023

Apakah anda menerima SMS daripada GOV tentang ‘Kerajaan Perpaduan’ dalam masa beberapa hari ini?

Ada netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana ia dilihat tidak memberi sebarang maklumat yang bermanfaat pada pengguna. Hal ini kerana mesej tersebut seperti mempromosi ‘Kerajaan Perpaduan’ semata-mata.

Boleh tak jgn buat lagi this type of communication. Ni taktik basi dah takde impact, plus org menyampah. Cari la team strategic comm yg bijak2 utk develop effective comm. pic.twitter.com/3reuZmDztF

— tendang bola (@usanedi) January 3, 2023

Antara kandungan SMS lain diterima ialah “RM0 KKD: Kerajaan Perpaduan diwakili oleh ahli-ahli parlimen pelbagai bansga, agama, rentas wilayah dengan pelbagai kepakaran dan pengalaman.”

Timbalan Menteri, Teo Nie Ching hari ini berkata mereka akan meneliti semula dan menambah baik SOP untuk siaran SMS mereka itu.

Beliau sedar akan aduan berkenaan isu SMS itu, lapor FMT.

If such SMS-es were to inform of:
1. When, how, & why we should get bivalent booster shots & reminders to mask up+test regularly
2. Emergency contact numbers in case of flash floods / what-to-do & not-to-do when caught in flash floods

then, I’d be singing a different tune…

— Tired Malaysian 🇲🇾. (@LyanaKhairuddin) January 3, 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dulu pernah mempertikai pentadbiran sebelum ini tentang kos penggunaan saluran SMS digunakan kerajaan itu dan fungsi serta tahap keberkesanannya.

Saya bangkit, antara lain, isu SMS MKN dalam perbahasan peringkat jawatankuasa tadi. Berapa yg telah dibelanja? Apakah tahap keberkesanannya? Apa fungsi?

Mcm mlm tadi, mesej “PUS” ada yg tak tahu maksud. Ada yg ingat “pus/nanah”. Timbul kekeliruan. pic.twitter.com/dPJ6G1CGkq

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) November 30, 2020

SMS daripada GOV mula aktif sejak pandemik melanda kerana ia digunakan kerajaan waktu itu untuk menguar-uarkan berita, bantuan kerajaan serta pesanan khidmat masyarakat.

Namun, wujud juga kes sebelum ini di mana pengguna mendapat SMS penipuan dengan pautan palsu melalui SMS GOV tersebut.

Sumber: FMT

Gambar: Teo Nie Ching

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress