Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa sebuah aplikasi Pemetaan Capaian Internet akan dilancarkan tidak lama lagi yang akan membantu pengguna memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang menyediakan perkhidmatan internet terbaik.

Ia sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan info yang lebih tepat tentang kualiti perkhidmatan internet yang disediakan oleh sesebuah syarikat telekomunikasi.

Aplikasi yang akan dikenali sebagai ‘Internet Mapping’ itu dijangka akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Usaha pembangunan aplikasi itu adalah hasil daripada mesyuarat yang diadakan bersama telco yang sering membincangkan mengenai Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Sumber: Bernama