Kerajaan hari ini telah mengumumkan bahawa pelbagai inisiatif akan diberikan kepada golongan isi rumah B40 dan juga calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2021.

Ini adalah untuk memudahkan rakyat untuk menikmati kemudahan internet yang lebih baik.

Melalui SKMM dan juga kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk:

  • Penawaran capaian Wi-Fi percuma melalui Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM, dan TIME di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir April 2021.
  • Waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
  • Program Jaringan Prihatin yang melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi pembelian peranti pintar untuk golongan B40. Program dijanka bermula Mac 2021.
  • Data percuma 1GB akan dilanjutkan sehingga bermulanya Program Jaringan Prihatin.
  • Penawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021. Dijangka ditawarkan bermula 6 Januari 2021.

Untuk penawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 itu, boleh menyemak maklumat lanjut melalui laman web MCM dan juga syarikat telekomunikasi masing-masing.

Sumber: Menteri Komunikasi Dan Multimedia